Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Macam mana gayanya nak memerintah Negara? Bagi arahan mengundi pun, ahli tak tahu nak ikut. Ahli pun tak lah ramai sangat. Itu pun gagal jugak ke?
Demikian senario sebenar dalam PKR. Pemilihan Majlis Pimpinan Pusatnya sudah banyak menerima spekulasi. Kini, ditambah pula dengan rungutan pihak tertentu mengenai pemilihan tersebut.
Ketua Wanita PKR Cabang Kuantan mendedahkan terdapat anggota Wanita yang tidak tahu mengundi dan tidak memahami arahan mengundi sehingga menyebabkan separuh undi dalam pemilihan sayap itu rosak.
Selain itu beliau juga turut memberi cadangan agar pemilihan selepas ini turut diadakan secara online.
Yang buat tak online pun banyak dakwaan menipu, inikan pula nak buat secara online? Lagi punah la harapan rakyat terutama ahli PKR nak melihat parti itu mengamalkan dasar telus dan adil jika buat pemilihan secara online.
Takkanlah pemilihan yang begitu senang pun sampai 50% undi rosak? Yang ambil bahagian pun bukannya ramai sangat. Tak sampai 100ribu ahli. Itu pun tak boleh nak kawal? Lagi mereka bermimpi nak mentadbir Negara? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.