Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Muktahir ini, Semut sering paparkan kemelut yang melanda PKR. Pelbagai spekulasi dan kepincangan yang berlaku sejak akhir - akhir ini sering melanda mereka.
Mungkin itulah musibbah yang menimpa mereka tatkala mereka hanya tahu menipu dan terus menipu rakyat secara keseluruhannya. Habis pekung mereka terdedah sedikit demi sedikit.
Rupanya, rakan sekutu mereka juga begitu. DAP kini diambang perbalahan sesama sendiri apabila berlakunya pemilihan.
Dulu, kita dengar tempias pergolakkan mereka di Perak dan dakwaan MP Ipoh Barat yang dikatakan mahu keluar parti tersebut.
Hari ini giliran Selangor pula dalam kancah yang sama. Pengerusi DAP Selangor merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri tersebut menyatakan wujudnya permainan taktik kotor dalam pemilihan peringkat negeri tersebut.
Ean Yong Hian Wah mendakwa terdapat beberapa anggota parti itu mengatakan hampir semua keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa Negeri dalam masa dua tahun ini adalah salah.
Beliau juga turut melahirkan rasa kesalnya terhadap sikap segelintir anggota yang mahu rombakkan dibuat diperingkat Jawatankuasa DAP Selangor melibatkan wakil rakyat tertentu.
Nampaknya, mereka juga sudah mula berantakkan sesama sendiri akibat gila kuasa. Lagi nak tuduh orang lain macam - macam.
Itulah ujian dari Allah terhadap hamba - hambaNya. Diberikan kepada mereka sedikit kelebihan, maka mereka akan mula beramuk untuk mendapat lebih daripada itu.
Namun apakan daya, mereka sentiasa dalam kesesatan yang nyata. Nauzubillah. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.