Selasa, November 02, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Walaupun cubaan mereka menjelaskan mengenai isu tanah rakyat di sekitar Gua Musang ini, tetapi masih ada tanda tanya. Malah apa yang mereka cuba jelaskan itu hanya menjerat diri sendiri.

Laporan hari ini mengatakan bahawa sebanyak 12,000 permohonan tanah rakyat sudah pun diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Bekas Ketua Jajahan Gua Musang menyatakan ia turut membabitkan 10 mukim di DUN Galas.

Beliau yang kononnya merasa terkilan dengan tuduhan dan dakwaan liar sesetengah pihak bahawa Kerajaan Negeri tidak meluluskan tanah kepada rakyat. Kononnya ia hanyalah satu pembohongan besar dan tidak masuk akal.

Namun persoalan utama yang tidak dijelaskan oleh beliau ialah kenapa sehingga kini, tanah yang diluluskan oleh Kerajaan itu tidak mendapat geran? Kenapa penyerahan geran itu memakan masa yang begitu lama sehinggakan beliau sendiri sudah pencen?

Semut berharap agar pengundi - pengundi di DUN Galas agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah - dakyah penipu seperti ini. Jika tidak kerana adanya Pilihanraya Kecil ini, entah bila lah penduduk akan dapat geran tanah tersebut. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping