Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut agak kesal dengan keadaan ini. Adakah semua Pertubuhan yang mempunyai perkataan Islam didalamnya memang suka menipu? Tidak cukupkah hanya PAS sahaja yang suka menabur janji tetapi tidak memenuhinya serta dilihat sengaja menipu rakyat?
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malasia atau GAMIS yang ditahan oleh pihak polis baru - baru ini mempertikaikan tindakan tersebut. Mereka dilihat sengaja membuat provokasi terhadap tindakan polis yang sebelum ini menahan mereka untuk siasatan. Dakwaan pihak polis adalah kerana mereka terlibat menyebarkan risalah. Risalah tersebut mereka kata tidak ada kaitan dengan politik dan menyebelahi mana - mana parti politik.
Tetapi ternyata apa yang mereka dakwa itu tidak benar sama sekali. Lihat gambar dibawah.
Baca pula artikel yang disiarkan dalam laman blog rasmi mereka di alamat berikut: http://mygamis.blogspot.com/2010/10/mahasiswa-bersiap-sedia-gempur-galas.html. Sudah terang lagi bersuluh bukan? Jelas, awal - awal lagi memang ada perancangan untuk berkempen di Galas.
Namun, sebab takut diambil tindakan oleh pihak Universiti kerana melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) mereka mencari perlindungan dari Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Mereka merayu agar kes tersebut tidak dirujuk kepada pihak Universiti dan takut tindakan akan diambil oleh pihak Universiti masing - masing.
Kerana kasihankan mereka dan memikirkan masa depan mereka, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin akan memastikan agar mereka tidak dikenakan hukuman sebanyak dua kali. Ianya adil sekiranya mereka hanya dikenakan hukuman oleh salah satu pihak sama ada Polis atau Universiti.
Salah tetap salah. Tindakan mereka ini jelas memalukan institusi pengajian tinggi kerana meletakkan maruah Mahasiswa pada peringkat yang sangat rendah. Mereka tidak berani menanggung akibat yang mereka sendiri ceburi. Jelas, pendirian mereka goyah dan tidak tetap.
Bila menghadapi kesulitan, mahu pula mereka meminta bantuan dari Kerajaan Pusat. Yang tambah menghairankan, kenapa laporan tersebut turut disiarkan oleh Harakah Daily jika benar mereka tidak menyebelahi mana - mana pihak? Kenapa mereka tidak meminta bantuan dari PAS yang juga sinonim dengan nama pertubuhan mereka itu? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.