Isnin, November 01, 2010

...Pastikan Ianya Ori! Sebelum Bagi...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sebelum ini spekulasi menyatakan bahawa Kerajaan Negeri kedekut mahu mengeluarkan kertas hangat diperkatakan. Isu geran tanah sbelum ini mendapat perhatian ramai dan cuba ditangani oleh pihak Kerajaan Negeri.

Namun, tindakkan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dengan memberikan 'kertas' sangat dikesali. Ingatkan mereka faham erti sindiran 'kedekut kertas' yang disampaikan oleh sesetengah pihak rupanya tak faham juga. Mereka benar - benar memberikan 'kertas' sahaja kerana sijil geran tersebut adalah yang tiruan.

Bukan seorang dua yang ditipu dengan sijil ini. Hampir 300 orang kesemuanya. Jelas ini bukan satu penipuan yang kecil, tetapi penipuan besar yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri.

Malah apabila isu Geran Tanah ini dipertikaikan, mereka mendakwa Sultan Kelantan sendiri akan turun meberikan sijil tersebut kepada rakyat. Namun setelah dipertikaikan bahawa ketidak mampuan Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besarnya menyebabkan Sultan terpaksa campur tangan.

Nampak sangat inkompentensi atau kegagalan mereka dalam mengurus tadbir Kerajaan Negeri terpampang. Ia juga menjadi bukti kegagalan pihak Pejabat Tanah Daerah (PTD) gagal melaksanakan tugas mereka.

Jadi, untuk apa lagi mereka ini dikekalkan berkuasa sekiranya tidak tahu buat kerja? Sehingga terpaksa meminta bantuan Sultan untuk menyelesaikan isu yang semudah ini. Tindakan tersebut sangat memalukan dan wajar dijadikan renungan buat sekalian rakyat.

Pertimbangkanlah dengan wajar dan dengan pemikiran yang waras. Adakah kita mahu kepimpinan yang gagal melaksanakan tugas mereka ini terus berkuasa? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Dah tak boleh berdolak dalek dan menipu rakyat DUN Galas lagi.......PAS kena cari tipu muslihat lain jika nak menang.Orang Asli,Cina dan Melayu dah tahu perangai juak2 PAS ini.Apa lagi...tumbangkan sahaja mereka dalam pilihanraya Galas nanti. Jika tidak masyarakat Galas akan kecewa buat selama2nya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping