...Di Antara Balak Yang Dikeluarkan Dari Post Brooke...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Nampak gayanya, apa yang mereka pertikai rupanya mereka yang buat dahulu. Terfikir juga Semut, adakah mereka sebenarnya menyalahkan diri mereka sendiri? Itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh Azmin Ali.
Beliau sebelum ini kononnya ingin menjuarai hati pengundi Orang Asli dengan memperjuangkan hak mereka. Kononnya, menurut Azmin hak dan kepentingan masyarakat peribumi ini tidak terjamin serta tidak termasuk dalam Perlembagaan.
Walaubagaimanapun, melihat keadaan di Galas ini, lain pula ceritanya. Habis tanah - tanah milik masyarakat peribumi ini ditarah dan dijarah oleh Kerajaan Negeri. Hasil bumi dan kayu balaknya dirampas dan tanh diberikan kepada orang lain untuk mengusahakannya. Itulah yang berlaku disekitar 'Ladang Rakyat' di Post Brooke, Gua Musang.
Sudahlah mereka ambil tanah milik masyarakat peribumi ini dan membuka ladang rakyat kononnya. Kemudian tenaga kerja juga diimport dari luar. Paling tidak, orang asli itu pula yang terpaksa bekerja dengan tokey - tokey ladang tersebut.
Jelas dengan ini membuktikan bahawa mereka sanggup mengadaikan apa sahaja demi harta dunia. Belum pun memerintah Negara, peribuminya sudah dijadikan hamba di tanah sendiri. Bagaimana pula nasib anak - anak kita dimasa akan datang sekiranya mereka memerintah nanti? Adakah kita sanggup melihat anak bangsa kita turut menjadi hamba dan kuli ditanah mereka sendiri dikemudian hari? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.