Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Pandangan masyarakat setempat menyatakan bahawa mereka terasa diri mereka telah ditipu oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Perkara ini berlaku terutamanya dikawasan orang asli yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari Kerajaan Negeri.
Malah tanah mereka diambil dan hasil buminya ditebas oleh pihak Kerajaan. Namun perkara seumpama ini tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan PAS Kelantan benar - benar melaksanakan prinsip Islam.
"It should not have occurred. Cases of cheating the people should not have happened. PAS should be a role model," he told reporters after a ceremony to hand over prizes for the Agrobank deposit campaign, here today.
Demikian yang dikatakan oleh Dato' Noh Omar ketika ditemui oleh pemberita. Beliau yang mengulas mengenai pembentukan 'Ladang Rakyat' tidak disampaikan oleh pihak Kerajaan Negeri secara ikhlas.
Turut dinyatakan hampir 400 orang telah disingkirkan dari mengusahakan Ladang Rakyat itu dan ianya diberikan kepada Syarikat Swasta berkenaan untuk meneruskannya. Beliau turut menggesa orang ramai dan rakyat terutamanya agar mengambil ikhtibar dari episod ini sebagai panduan dalam membuat keputusan kelak.
Jika mereka benar - benar ikhlas dalam memperjuangkan Islam, perkara ini tidak mungkin akan menjadi isu. Jelas, sehingga hari ke 7 dalam sesi berkempen di PRK Galas ini, PAS masih tidak dapat menjelaskan kedudukan sebenar Ladang Rakyat.
Malah setiap kali perkara itu diajukan oleh pemberita,mereka akan mengelak sehabis mungkin. Dan dalam ceramah - ceramah mereka tidak ada lansung yang menjelaskan mengenai perkara ini.
Adakah mereka benar - benar melaksanakan prinsip dan hukum Islam yang menjadi dasar perjuangan mereka? Atau adakah Menipu itu benar - benar satu ibadah bagi mereka? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.