Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Mungkin penduduk orang Asli ini benar - benar telah ditemui oleh Malaysiakini. Mungkin juga apa yang dikatakan oleh beliau adalah satu kenyataan. Tetapi jika dilihat dari sudut yang berlainan, kenyataan beliau itu sebenarnya menyindir Kerajaan Negeri Kelantan sendiri.
Jamali Along, penduduk dari perkampungan Pasik menyatakan bahawa aktiviti menebang balak sudah bermula sejak sekitar tahun 1960an lagi. Tetapi sehingga kini, mereka masih tidak mendapat apa - apa manfaat daripadanya.
"Hanya yang dapat kami lihat adalah jejak tayar dan debu kenderaan balak," kata Jamali (kiri).
Perhatian utama mereka kini adalah untuk memastikan tanah adat atau tanah rayau milik orang asli ini tidak susut kerana penebangan balak dan pembangunan yang berterusan.
Maka ianya jelas bahawa walaupun Kerajaan Negeri sudah bersilih ganti, yang nyata Kerajaan PAS Kelantan sendiri tidak dapat menyelesaikan masalah masyarakat orang asli ini. Penebangan balak masih juga berterusan dan penduduk orang asli tidak juga mendapat sebarang manfaat.
Masih lagi mereka mahu mempertikaikan Kerajaan terdahulu. Kenapa mereka yang sudah mempunyai kuasa penuh sekarang tidak mampu menyelesaikan masalah orang asli ini? Sebaliknya hanya tahu mempertikaikan orang lain sahaja. Cermin diri dulu, baru bercerita tentang orang lain. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.