Rabu, November 03, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Deria bau bagi sesiapa yang melangkahkan kaki buat pertama kali ke Gua Musang. Itulah salah satu ciri unik yang dapat diperhatikan dalam kawasan Pilihanraya Kecil DUN Galas. Ianya mudah dikesan di segenap ceruk kawasan ini.

Bagi seseorang yang tidak pernah menghidu bau seperti getah sekerap, mungkin menyebabkan mereka tersentak apabila disebarkan dengan lori yang lalu lalang disini. Realitinya, bau seperti itulah yang dianggap sebagai bau duit atau 'pitih' dalam bahasa Kelantan bagi golongan pengusaha ladang dan penoreh getah disini.

Secara tidak lansung, golongan inilah yang merupakan sebahagian besar pengundi Melayu disini dan taruhan bagi undi mereka ialah isu Tanah. Sejak dari mula lagi, Kerajaan Negeri Kelantan gagal menangani persoalan yang dibangkitkan ini.

Dalam satu Majlis pada Isnin lalu, Menteri Besar Kelantan telah menyerahkan 'SIJIL' Penempatan Berkelompok kepada seramai 75 orang penduduk dikawasan Sandrop. Bagaimana pun 'SIJIL' berkenaan bukanlah suatu yang baru, namun hanya kesinambungan kepada usaha BN sebelum ini.

"...Rumah itu memang kita sudah buat, bukan kerajaan negeri yang buat..,"

Demikian yang dinyatakan oleh ADUN Nenggiri, Mat Yusoff Abd. Ghani.

Walaupun mereka berusaha sehingga hari - hari terakhir ini, mereka masih gagal menjelaskan mengenai isu tanah ini. Dengan isu tanah 'Ladang Rakyat', isu Geran Tanah Rakyat dan Penempatan Orang Asli serta isu 'kehilangan' tanah Felcra sebelum ini.

Setakat bagi 'SIJIL' boleh selesai masalah? Adakah sijil itu sah laku seperti mana geran di Negeri - Negeri lain? Ke mana masyarakat penoreh getah dan pengusaha ladang mahu mencari rezeki sekiranya semua tanah ini dirampas Kerajaan negeri suatu hari nanti?

Diperingkat akhir kempen ini, BN seolah - olah boleh menghidu bau sogokan dalam bentuk 'pitih' seperti yang berlaku kelmarin. Sekuat mana bau itu akan berlegar diperingkat terakhir kempen ini masih belum dapat dipastikan. Namun PAS dijangka tidak akan berdiam diri sahaja dengan dakwaan seperti itu. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping