Rabu, November 03, 2010

...Gambar Dari Malaysiakini...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Macam cacing kepanasan, itulah gambaran keadaan PAS Kelantan ketika menjawab persoalan pemberian wang kepada masyarakat orang Asli. Berita yang tersebar di kebanyakkan blog semalam memaparkan gambar Menteri Besar Kelantan menghulurkan wang kepada beberapa orang penduduk peribumi di Pos Sendrop kelmarin.

Maka timbulah pelbagai persepsi yang menyatakan bahawa apa yang dihulurkan oleh Menteri Besar itu adalah merupakan wang zakat. Kononnya ianya menjadi kebiasaan apabila mengislamkan orang, Tok Guru Nik Aziz akan memberi wang zakat tersebut.

"Tak kan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.

Demikian yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Perkara pokoknya ialah dalam banyak - banyak hari, kenapa mereka memilih hari ini untuk memberikan wang zakat tersebut? Pertikaian yang dibuat bukan sama ada ianya wang zakat atau rasuah. Kenapa dalam sesi kempen PRK Galas ini, mereka bertindak sedemikian? Kenapa tidak sebelumnya?

Menurut kata rakan Semut, mungkin kerana mendengar ceramah PAS sepanjang kempen ini maka terbuka hati penduduk dikawasan orang Asli itu untuk masuk Islam. Maknanya, keupayaan PAS berdakwah adalah ketika Pilihanraya sahaja. Dalam waktu lain, mereka gagal berbuat demikian. Masih relevankah PAS dikatakan pejuang Islam sekiranya kerja - kerja berdakwah seumpama ini gagal mereka laksanakan?

Apa yang menjadi persoalannya sekarang jika yang memberi itu Menteri Besar Kelantan, dikatakan wang zakat. Tetapi jika wang tersebut diberikan oleh pemimpin UMNO/BN dikatakan rasuah. Adakah perkara ini masuk akal? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Sepatutnya kita bersyukur orang asal tu terbuka hatinya menerima Islam. Ini adalah benda yg lebih besar dr PRK Galas. Tak kan benda baik mcm ni pun nak dipolitikkan!! Wlupun kita berpolitik pada masa yg sama kita perlu beragama barulah hidup kita dirahmatiNya.

    ISLAM itu Addin, the way of life.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping