Selasa, November 02, 2010


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Justify FullAdalah menjadi satu keganjilan apabila membaca tulisan dari Malaysiakini ini. Walaupun tajuknya agak skeptikal dan kononnya mahu menimbulkan persoalan, tetapi secara tidak lansung ia hanya mengundang lebih banyak spekulasi.

Berita yang diambil dari Bernama itu mendedahkan kepincangan yang tidak terjawab oleh Kerajaan PAS sehingga hari ini. Isu mengenai Ladang Rakyat itu disahkan sendiri oleh Malaysiakini dengan menyiarkan laporan tersebut.

Antara lain, penduduk disekitar kawasan yang terlibat menyatakan kekecewaan mereka janji - janji kosong Kerajaan PAS Kelantan. Sebelum ini, mereka dijanjikan elaun sebanyak RM 200 sebulan. Tetapi hakikat sebenarnya, bukan semua penduduk berkenaan yang terlibat.

Mereka juga turut mengecam pihak yang terbabit kerana tidak mengambil kira lansung mengenai kebajikan mereka. Sudahlah tanah mereka diambil, kebajikan mereka terus diabaikan. malah bantuan elektrik dan bekalan air bersih pun adalah atas usaha Kerajaan Pusat.

Adakah Malaysiakini sudah berubah dan turut terbuka menghentam PAS serta Kerajaan Negeri Kelantan? Jelas apa yang dipaparkan mereka ini mampu menjejaskan imej dan kredibiliti Kerajaan PAS Kelantan.

Jika blog Semut yang mempertikaikan mengenai perkara ini, tak hairan sangat. Tetapi bagi sebuah portal yang pro pembangkang adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Adakah Malaysiakini turut mahu mengiyakan dakwaan terdapatnya pakatan haram diantara PKR dan DAP yang tidak melibatkan PAS lalu mereka sengaja mahu memburuk - burukkannya? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping