Selasa, November 02, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kalau ahli mereka suruh berkhidmat secara berjihad. Mereka tuntut ahlinya agar berjuang secara fisabilillah. Kononnya perjuangan mereka menentang kebatilan dan mereka menegakkan kebenaran.

Walau apapun alasan mereka, semua yang pernah mereka katakan tentang UMNO/BN kini terpalit ke muka sendiri. Bermula dengan mengkafirkan orang UMNO kerana bersahabat dengan MCA dan MIC. Mereka kini mengeluarkan segala fatwa yang ada bagi menghalalkan hubungan mereka dengan DAP.

Dulu mereka kecam UMNO/BN kerana terlibat dengan aktiviti rasuah dan politik wang. Mereka tuduh UMNO/BN hanya berjuang dengan menggunakan wang untuk memancing undi. Tetapi mereka dengan tidak malunya mendedahkan akan membayar pengundi luar agar pulang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Ke mana perginya slogan jihad fisabilillah mereka? Kenapa mereka tidak mendesak dan merayu agar melaksanakan tugas dan tanggungjawab kerana menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan? Tak kira rasuah pula bila mereka berikan 'sumbangan' ini?

Menyedari hakikat ini, Semut mula dengar berita kononnya ada petugas - petugas dari Jentera PAS yang ingin memboikot kempen PRK di Galas ini. Hanya semata - mata kerana sikap 'double-standard' pemimpin - pemimpinnya.

Renungkan. Sekiranya PAS sanggup mengeluarkan RM 250 untuk seorang pengundi luar yang hanya perlu melaksanakan tugas mereka tak sampai sehari, berapa pula yang mereka bayar kepada petugas - petugas serta Jentera Kempen yang berkhidmat selama lebih dari seminggu? Atau mereka yang bertugas ini tidak dapat apa - apa lansung? Adakah ianya adil? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Gambar Ehsan dari Media Permatang Pauh.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. aku org pas...nik ajis kata aku pasti masuk syurga..

    BalasPadam
  2. pas ni agama baru ke..masuk pas baru masuk syurga? setahu saya masuk islam masuk syurga

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping