Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Senarionya agak sama. Malah namanya pun seakan - akan serupa. Cuma tak semua orang yang menyambutnya. Jadi tak salah rasanya kalau Semut ucapkan Selamat Hari Raya buat semua 11,553 orang pengundi di DUN Galas hari ini.
Kemeriahan hari raya sudah bermula sejak 9 hari lalu. Maka hari ini tiba masanya pengundi beramai - ramai keluar untuk melaksanakan tugas masing - masing. 9 hari lamanya mereka dikunjungi dan diziarahi oleh jentera kedua - dua parti yang bertanding.
Mereka juga sudah mendengar hujah dan isu yang dibangkitkan oleh kedua - dua belah pihak. Hari ini tiba masanya untuk mereka memilih.
Hiasan - hiasan untuk menyambut hari raya juga sudah lama dipasang. Ada yang digantung ditiang lampu, ada yang diikat pada pokok, dan ada juga yang dicacak atas tanah. Semuanya untuk memeriahkan lagi sambutan hari raya hari ini.
Sejak dari malam tadi, jalan raya sudah semakin sesak dengan kenderaan. Keadaan yang tidak ubah seperti setiap kali tibanya hari raya. Anak - anak perantauan pulang ke kampung halaman menunaikan tanggungjawab masing - masing.
Mana lengkap hari raya kalau tidak ada duit raya. Maka tanpa segan silunya, bagi perantau terutamanya, boleh minta duit raya dengan PAS. Bukan sikit - sikit duit raya yang dijanjikan. RM250.00 seorang. Jangan bimbang, ini duit raya kata mereka. Bukan rasuah.
Yang berlainannya hari raya ini dengan hari raya lain ialah keputusan yang dibuat akan ditentukan secara zahir. Ketentuan yang terletak ditangan pengundi hari akan menjadi ukuran dan penentu dimasa hadapan. Jadi buatlah pilihan yang betul agar hari raya ini tidak tercemar. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.