Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Ini adalah posting dan artikel terakhir Semut sebelum tamatnya sesi berkempen malam ini. Oleh itu, Semut ingin mengajak pembaca menyingkap beberapa perkara baru yang Semut temui mengenai PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pimpinannya.
1. Kerajaan Negeri boleh merampas tanah rakyat sesuka hati mereka kerana tidak ada sebarang Geran yang sah dan memastikan ianya milik rakyat tempatan.
2. Setelah tanah dirampas, mereka mengutip cukai yang banyak dari pembalakkan yang tidak terkawal terutama dikawasan Post Brooke yang turut habis digondolkan akibat kerakusan mereka.
3. Mereka juga turut mengutip cukai tanah yang banyak dari pengusaha - pengusaha Ladang Rakyat yang sedikit pun tidak menguntungkan rakyat.
4. Kerajaan PAS Kelantan turut mengabaikan pembangunan masyarakat dan membiarkan mereka hidup serba kekurangan.
5. Sikap suka memandang rendah dan memperlekehkan orang lain menjadi mainan bagi mereka seperti yang dilakukan terhadap Calon BN yang didakwa tidak berpelajaran tinggi.
6. Mereka mempersendakan orang Asli dengan secara terang - terangan memberikan mereka 'Sijil' Penempatan dan bukan geran sepatutnya.
7. Hakikat bahawa mereka gagal mendakwahkan orang bukan Islam ketika bukan dalam musim Pilihanraya juga jelas kelihatan kerana kurang turun padang.
8. Kerajaan PAS Kelantan dilihat gagal menyelesaikan beberapa isu terutamanya bekalan air bersih, isu tanah, kawasan setinggan, jalan raya dan sebagainya walaupun sudah 20 Tahun memerintah.
9. Jika sebelum ini kita tidak pernah dengar atau lihat mereka menawarkan apa - apa bentuk insentif berbentuk kewangan kepada pengundi, tetapi kini ianya telah berubah dan dilakukan secara terang - terangan.
10. Tindakan - tindakan ini jelas PAS sebagai parti yang mendokong Islam sebagai tunjang perjuangannya telah menjatuhkan kredibiliti dan integriti serta kesucian Islam secara keseluruhannya.
Masihkah kita mahu mempercayai dakyah - dakyah pembohongan yang dilakukan secara berterusan ini? Adakah kita mahu terus menjadi mangsa penipuan dan kerakusan mereka berkuasa dimasa akan datang? Tepuk dada, tanya selera. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Gambar dari blog GAP.
orang asli dah sedar.. orang melayu yang sokong pas bila lagi nak sedar???
BalasPadamtunggu hari kiamat kot
BalasPadamPromosi Dun Galas - Rahsia mudah hafaz Quran terbongkar
BalasPadam