...Sijil Je? Gerannya Mana???...
Assalamualikum dan Salam 1Malaysia.
Tindakan yang dibuat oleh PAS ini jelas memperkotak - katikkan pemikiran masyarakat orang Asli di sekitar kawasan DUN Galas. Mereka dilihat sengaja memberikan 'Sijil' Tanah kepada Masyarakat Peribumi ini untuk memancing undi. Mentang - mentanglah mereka tidak tahu apa itu Sijil dan apa itu Geran, PAS dilihat sengaja mempersendanya.
Jelas tindakan tersebut hanya mengundang spekulasi yang memburukkan lagi imej Kerajaan Negeri dan juga PAS secara keseluruhan. Insiden ini juga menjadi indikasi bahawa Kerajaan PAS Kelantan tidak mampu melaksanakan janji - janji yang mereka buat terdahulu.
Dengan pemberian 'Sijil' tersebut mereka berharap dapat meredakan tuntutan Masyarakat Orang Asli yang ditipu secara terang - terangan. Sudahlah tanah mereka dirampas dan dijadikan 'Ladang Rakyat', sekarang mereka ditipu dengan 'Sijil' Tanah pula.
...Sampai begini mereka menipu???...
Apa harganya sijil itu? Mampukah kerajaan negeri memberi jaminan jika suatu hari nanti mereka tidak akan merampas tanah milik peribumi ini? Sudah tentu Kerajaan Negeri boleh melakukannya kerana tidak ada geran yang sah menentukan bahawa kawasan atau penenpatan itu sah milik orang asli tersebut.
Hakikatnya, PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan menipu hidup - hidup masyarakat Orang Asli dengan pemberian 'sijil' berkenaan. Sungguh Semut tidak menyangka, sebuah parti yang kononnya mendokong perjuangan Islam sanggup lakukan perkara sedemikian. Adakah ini contoh yang mereka mahu tunjukkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam juga dibenarkan menipu? Nauzubillah. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
saya sendiri mengakui yang kerajaan pas di kedah jugak telah gagal membuat pembangunan hanya mengharap pembangunan yang sedia ada dari kerjaaan persekutuan jew kita harapkan fenomena ini dapat berubah dengan kebangkitan umnu di beebrapa negeri yang di pipmin pakatan rakyat
BalasPadam