Rabu, November 03, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Apa yang membezakan antara PRK Galas dan Manek Urai adalah pecahan pengundinya. Sejumlah 99.2% pengundi di Manek Urai terdiri daripada Melayu dan ianya menjadi penentu. Dan ianya menjadi jawapan mudah kerana jelas undi Melayu kepada PAS merosot.

Walaubagaimana pun, trend kemerosotan undi Melayu mungkin bertahan bagi BN atas faktor calon, Abdul Aziz Yusoff yang dikatakan lebih popular berbanding calon PAS, Dr. Zul. Bagi pihak BN, kekuatan kempen serta usaha yang ditunjukkan membuktikan strategi mengekalkan 75% kalangan pengundi Orang Asli kekal. Peranan JHEOA amat agresif dan dilihat bersaingan dengan PAS yang menggunakan jentera asal Arwah Che Hashim.

Setakat ini, penerimaan orang asli terhadap JHEOA itu tidak diragui kerana keupayaan menguruskan bekalan air di beberapa pos Orang Asal. Mereka mula meragui keupayaan jentera dan Kerajaan PAS Kelantan ekoran kegagalan menguruskan status tanah mereka.
Demikian pula dikalangan pengundi Cina dimana jentera PAS dilihat agak lemas dan lesu ekoran asakan jentera kempen BN yang dibantu pimpinan MCA setempat. Ada kes peningkatan sambutan pengundi Cina terhadap kehadiran pemimpin kanan MCA yang dihadiri ratusan pengundi di Bandar Gua Musang.

Maka dapat disimpulkan bahawa PAS kini sedang dalam keadaan terdesak dan cukup bermasalah untuk menang. Ianya jelas dapat dilihat kerana mereka mula membuat kerja - kerja yang tidak masuk akal. Mengumumkan duit untuk pengundi luar, membakar risalah dan bendera serta mengeluarkan fatwa baru.

Mereka juga tidak mampu menjelaskan spekulasi pemberian wang kepada orang asli baru - baru ini. Kenapa dalam 365 hari setahun, ketika Galas menjadi tumpuan dunia, mereka buat kerja sedemikian? Malah memberikan wang tersebut secara terang - terangan pula. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Insyaallah... BN akan menang.. HASIL kerja keras dari kita semua.. berdoalah..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping