Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Nampak gayanya, kedua - dua Kerajaan PAS Negeri dihadapkan dengan dugaan dari Allah S.W.T. Mungkin benar bagi mereka segala dugaan ini ada khifarah dari Yang Maha Esa. Demikian kuasa Allah dan ketentuanNya buat kita semua, insan kerdil dimuka bumi ini.
Mahu atau tidak, Rukun Iman ke 6 perlu kita perkukuhkan dalam sanubari serta dizahirkan dengan kesabaran menghadapi Qada' dan Qadar Allah. Selepas kekalahan di DUN Galas, Kelantan, Kerajaan Negeri Kedah dan kepimpinan PAS Kedah pula diuji.
Ketika rakyat di Negeri Kedah menghadapi kesukaran dan kesulitan dilanda banjir, pemimpin - pemimpin Kerajaan serta YB - YB PAS didakwa tidak turun padang. Mungkin alasan yang diberikan oleh mereka ialah mereka sibuk membantu jentera kempen PRK Galas di Kelantan baru - baru ini.
Luahan penduduk tempatan sempat dirakamkan dan boleh dilihat disini. Jelas mereka juga agak kecewa dengan sikap sesetengah YB kerana bersifat 'lepas tangan'
Semut doakan agar dugaan yang dihadapi rakyat Negeri Kedah ini akan beransur pulih dan mendapat pembelaan yang sewajarnya. Semoga mereka tabah menghadapi segala cabaran dengan sabar. Sesungguhnya berkat kesabaran mereka itu kelak dianugerahkan dengan pahala dari Allah S.W.T. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.