Sabtu, November 06, 2010

...Sampai Bila PAS Mahu Jadi Hamba???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Mainan wayang dan sandiwara si Ketua Penipu ini sedikit demi sedikit akhirnya terbongkar juga. Beliau sebelum ini didakwa mengadakan pakatan haram dengan DAP serta mengenepikan PAS dalam pakatan tersebut.

Namun, hidup mati semula puak - puak PAS yang sanggup bermati - matian mempertahankan Anwar ini tidak akan mempercayainya. Termasuklah Mat Sabu yang pernah menggelarkan Anwar dengan gelaran Al - Juburi suatu ketika dahulu.

Itu yang Semut selalu pertikaikan. Kenapa sehingga hari ini, Mat Sabu masih gagal menjelaskan kepada rakyat berkenaan nama gelaran tersebut? Kegagalan itu seperti kegagalan kerajaan Negeri Kelantan menjelaskan mengenai isu Ladang Rakyat dan isu tanah di Kelantan.

Atas kegagaln itulah PAS tumbang di Galas. Bagi Anwar pula, masa untuk beliau berjoget mengelak sebarang spekulasi sudah sampai kepenghujungnya. Rakyat kini sudah sedar sandiwara Anwar dan mendesak agar kebenaran dibuktikan.

Dakwaan wujudnya sebuah rakaman suara diantara Anwar dengan pemimpin PKR akan dibongkar dan didedahkan. Namun ia akan dilakukan bila tiba masanya nanti. Seperti kata Anwar sendiri, "Tunggu masa dan ketika yang sesuai, nanti I dedahkan".

The time is ticking, and your're running out of it. Cabaran Semut kepada si Ketua Penipu Rakyat ini agar berani kerana benar. Masa sudah tiba untuk beliau berhadapan dengan hakikat dan kebenaran. Untuk apa lagi beliau terus bermain wayang tatkala rakyat sudah sedar beliau hanya pembohong besar? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping