Selasa, November 23, 2010

...Tukar Perkataan Halang Kepada Halau...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semalam dalam sidang Parlimen, kebanyakan ahli Parlimen Barisan Nasional mengecam tindakan Ketua Pembangkang yang menghina negara di Luar Negara.

Mereka mendesak Kerajaan agar mengenakan tindakan tegas terhadap Anwar dengan menghalang beliau keluar Negara bagi mengelakkan perkara tersebut terus berlaku.

Menurut mereka, Kerajaan tidak wajar membiarkan Anwar terus berbuat demikian kerana ia menjejaskan usaha menarik kemasukkan pelabur asing ke dalam negara.

Datuk Ismail Abdul Mutalib yang bangun mencelah menyifatkan perbuatan Anwar itu sebagai suatu yang tidak mengenang jasa.

"...Beliau sepatutnya pusing ke belakang dan memikirkan kembali siapa yang membantu beliau sehingga menjadi cerdik..."

Manakala Datuk Tajuddin abdul Rahman pula menyatakan bahawa perbuatan Anwar itu turut menghina rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

"...Orang ini sebenarnya lupa kepada pepatah Melayu, meludah kelangit, menimpa muka sendiri..."

Bagi Semut, beliau sepatutnya bukan sekadar dihalang keluar Negara. Adalah lebih baik beliau KELUAR TERUS dari Negara ini. Buat menyusahkan orang sahaja.

Kalau dah semua yang dibuat oleh Kerajaan semuanya tidak betul, untuk apa lagi beliau terus menetap di sini? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

2 ulasan:

  1. saya sokong, suruh dia keluar dan halang dia masuk
    ke Malaysia.

    BalasPadam
  2. yeap setuju...lagi bagus kalau dia just get out and go to hell!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping