..Husam Dengan Zaid = Dua Kali Lima...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Husam Musa dilihat sengaja menampar muka Malaysiakini dengan menyatakan bahawa laporan yang dibuat oleh portal tersebut sebagai satu pembohongan.
Terdahulu, dalam salah satu artikel portal pro pembangkang itu menyiarkan bahawa PAS sedia menerima sesiapa sahaja. Termasuklah Zaid Ibrahim sendiri.
Beliau sendiri mengesahkan bahawa Zaid pernah ditawarkan untuk masuk PAS, tetapi ditolak kerana Zaid lebih cenderung untuk menyertai PKR.
"Dia (Zaid) sudah dewasa kalau dia nak masuk mana-mana parti...dulupun kita tawarkan dia masuk PAS, dia menolak namun terpulanglah kepada dia mana-mana parti dia nak masuk," katanya
Namun hari ini, Husam menafikan laporan tersebut. Beliau turut menyalahkan BERNAMA kerana membuat laporan yang tidak tepat. Husam turut mendesak agar laporan tersebut ditarik balik.
Lihat betapa mudahnya mereka mutar-belitkan cerita. Kerana sudah terlajak kata, mereka cari pula kesalahan orang lain. Apakah si Husam ini tidak pernah mendengar pepatah Melayu: Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa?
Adakah ini salah satu ciri - ciri pemimpin yang dikehendaki rakyat? Adakah pemimpin seperti ini yang boleh dipercayai rakyat? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.