Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Alasan mereka diarahkan keluar dewan berbeza antara satu sama lain. Malah kedudukan mereka juga berbeza, satu Ahli Dewan Undangan Negeri dan seorang lagi Ahli Parlimen. Namun itulah senarionya jika mahu tetap mempertahankan parti masing - masing.
Di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor telah diarahkan keluar Dewan sehingga selepas makan tengahari. Beliau dilaporkan menimbulkan ketegangan berhubung isu seorang pelajar yang membawa makanan tidak halal ke sekolah.
Menurut laporan, Zulkifli Noordin membidas kegagalan PAS dalam menjalankan usaha dakwah sehingga perkara tersebut boleh berlaku.
Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pula, ADUN Paloh pula digantung sehari dari menghadiri sesi persidangan. Beliau didakwa telah mengingkari perintah Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim.
Datuk Nozula Mat Diah enggan duduk bagi membolehkan Dr Nik Mazian membahaskan Bajet Negeri Kelantan 2011. Dr Nik Mazian telah mengumpamakan UMNO seperti "Najis dalam tandas".
Memang patut la Datuk Nozula tu marah. Cuba kalau PAS dikatakan sedemikian, mau rasanya kerusi berterbangan. Macam sesi persekolahan pula rasanya bila melihat gelagat ADUN dan Ahli Parlimen ni.
Macam mana mereka boleh jadi pemimpin yang mewakili rakyat pun, entah la. Takkan tidak ada ayat yang lebih baik selain dari maki hamun dengan kata - kata kesat boleh mereka keluarkan? Tak boleh pakai bahasa elok sikit ke?
Bukankah Bahasa itu jiwa bangsa? Jadi kalau dah bahasa pun rosak, jiwa bangsa apatah lagi. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Nik Mazian tu betina ke jantan? Kalau betina lagi teruk. Macam mana 'ndak ngajar anak berkelakuan baik nanti...!
BalasPadam