Rabu, November 03, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sudah jelas sejelas - jelasnya. Masih perlu lagi kita mempertikaikannya? Masih lagi kita mahu mendengar pembohongan demi pembohongan pemimpin PKR ini?

Jelas, 200 orang ahli PKR Wangsa Maju hari ini sudah muak dengan penipuan dan pembohongan pemimpinnya. Terutama sekali si Ketua Penipu yang sampai hari ini hanya tahu bermimpi disiang hari sahaja.

Maka akibatnya, mereka secara beramai - ramai keluar dan masuk UMNO kerana tahu hanya UMNO yang mampu memperjuangkan maruah Agama, Bangsa dan Negara. Mereka yang diwakili Ketua Cabang tersebut, Mohd Nasir Husin bertindak menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju, Datuk Mohd Shafie Abdulla.

Mohd Nasir menyatakan bahawa mereka mulai sedar bahawa agenda perjuangan PKR mengenai keadilan dan reformasi hanya retorik semata - mata. Mereka sedar bahawa dakwaan Anwar itu sebenarnya hanya bersifat peribadi semata - mata.

Jelas semakin hari sokongan dan kepercayaan rakyat terutamanya ahli PKR sendiri terhadap Ketua Umumnya itu semakin merosot. Sedikit demi sedikit penyokong - penyokong kuatnya mula meninggalkan beliau.

Yang tinggal hanya pengampu dan mereka yang masih gilakan kuasa serta lena diulit mimpi indah hasil buaian si Ketua Penipu itu. Sedarlah, janganlah kita terus terpedaya dengan dakyah - dakyah pembohongan yang penuh dengan agenda peribadi beliau. Menyesal kemudian tiada gunanya. Wallahualam

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping