Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tempoh berkempen di Pilihanraya Kecil DUN Galas hari ini hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. Kedua - dua pihak nampaknya sedang berkerja keras untuk menambat hati pengundi disekitar kawasan Bandar Lama Gua Musang dan kawasan sekitarnya.
Terdahulu, sedang Semut merayau - rayau di kawasan Bandar Lama, kelihatan Wanita UMNO berkeliaran sekitar kawasan tersebut. Mereka akhirnya berkumpul di sebelah Hotel Fully Inn. Tidak lama kemudian, kelihatan jentera PAS pula sedang menjalankan aktiviti dari kedai ke kedai sebelum peniaga menutupnya.
Di kawasan Kg. Bharu pula, kehadiran Naib Presiden MCA, Datuk Dr. Ng Yen Yen turut dapat dilihat. Manakala di Bilik Gerakan UMNO Negeri Terengganu pula Datuk Idris Jusoh sedang giat memeberi taklimat kepada jentera mereka.
Bagi golongan muda pula, hari ini diadakan Karnival Sukan yang melibatkan acara bolasepak 5 Sebelah, Sepak Takraw, Bola Jaring dan Sukan Rakyat. Turut hadir merasmikan acara tersebut ialah Dato Razali Ibrahim, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Hampir setiap peti undi telah menghantar wakil bagi menyertai acara yang diadakan. Sesi berkempen akan tamat pada jam 12 malam nanti. Harapan Semut agar setiap pengundi dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka esok.
Pilihlah calon yang benar - benar boleh membantu dan membangunkan kehidupan mereka. Jangan biarkan diri terus dikhanati dan dipersendakan serta hak - hak kita terus diperjudikan. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.