Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sedar atau tidak, kenyataan Mahfuz Omar ini ternyata menyindir usaha gigih Menteri Besar Kelantan dalam Pilihanraya Kecil DUN Galas. PRK DUN Galas ini dimenangi oleh Barisan Nasional dengan majoriti dua kali ganda dari sebelumnya.
Mahfuz mendakwa bahawa kemenangan tersebut mungkin mendorong ahli - ahli UMNO bingkas mereformasikan parti dengan menjadikan Tengku Razaleigh sebagai pemimpin utamanya. Beliau kononnya melihat kemenangan BN di Galas lebih kepada kemenangan pribadi Ku Li.
Dakwaan beliau bahawa pengaruh Ku Li dalam PRK kali ini sudah memadai untuk BN merampas kembali Galas. Beliau juga menyatakan ketidak hadiran DS Najib dan Tun Dr. Mahathir seperti di Hulu Selangor membuktikan bahawa kemampuan Ku Li sahaja sudah mencukupi.
Semut rasa Mahfuz seperti mahu menyindir Mursyidul Am PAS yang hampir setiap hari turun berkempen namun masih gagal menambat hati pengundi. Kegagalan Nik Aziz ini dapat dilihat kerana beliau dengan jelas berkempen habis - habisan sampai sanggup ke Kuala Lumpur bertemu pengundi luar.
Mungkin Mahfuz juga sedar bahawa kemenangan ini merupakan bukti kukuh Barisan Nasional masih diterima rakyat. Malah beliau juga secara tidak lansung memuji UMNO kerana mempunyai pemimpin - pemimpin yang berkaliber dan masih relevan.
Tindakan beliau yang dengan niat melaga - lagakan pemimpin UMNO nampak gayanya tidak menjadi tetapi sebaliknya tempias terkena batang hidung Nik Aziz. Jelas Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan itu sudah hilang sengatnya dan ianya terbukti di Galas.
Mahfuz wajar memberi nasihat kepada Nik Aziz agar segera berundur dan pencen sementara beliau masih boleh diterima rakyat. Bukan memuji - muji Ku Li. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
teman rasa bukan sahaja atok ajis aje yang patut bersara malah mahfuz omar juga wajib bersara....kerana tiada apa yang mahfuz buat untuk menolong rakyat....hanya tahu komen...komen...aje...
BalasPadamKalau nik aziz pakai gigi palsu kena tukar laa...dah lama sangat ....dah tak tajam dah...mungkin sebutan telonya dah orang tak paham....mahfuz ....dok diam diam dan tengok jee...kalau nik aziz pencen ikut la sama tunggu pon orang tak cayo jugak
BalasPadam