Sabtu, November 06, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Demi mempertahankan 'benang yang basah', perkara pokok yang menjadi keutamaan sesuatu isu itu sering dilupakan. Inilah hakikatnya apabila berhadapan dengan puak - puak pembangkang ini.

Seperti Projek Pembinaan Menara Warisan Merdeka. Mereka sengaja mengenepikan perkara utama mengenai projek tersebut dimana ianya bukan projek Kerajaan. Sebaliknya mereka sengaja membesar - besar cerita dengan mengatakan Kerajaan sengaja mahu membazirkan duit rakyat dengan pembinaan menara tersebut. Mereka dakwa pembinaan menara itu tidak akan membawa apa - apa manfaat kepada rakyat.

Namun kerana meninggalkan perkara pokok mengenai isu tersebut, mereka gagal membuktikan bahawa projek tersebut dibiayai oleh Kerajaan. Mereka cemburu dengan kejayaan PNB untuk membina menara tersebut sebagai bukti kejayaan DEB. Dan mereka juga cemburu dengan kelebihan yang bakal diperolehi oleh pelabur - pelabur dalam PNB dengan pembinaan menara tersebut.

Kerana mahu menegakkan benang yang basah juga, mereka menolak persoalan utama mengenai pemberian wang zakat kepada saudara baru ini. Mereka dakwa UMNO/BN sengaja mempertikaikan tindakan mengIslamkan penduduk orang asli ini. Malah mereka sendiri menafsirkan bahawa UMNO/BN mendakwa tindakan memberi wang zakat itu sebagai rasuah.

...Lepas Pilihanraya Tak Boleh Buat Ke???...

Walhal isu pokoknya, kenapa wang tersebut diberikan pada ketika kempen Pilihanraya diadakan? Kenapa baru sekarang mereka mahu mengIslamkan penduduk orang asli itu? Bukannya mereka tidak boleh buat selepas selesai sesi berkempen.

Jelas ia membuktikan mereka tidak menjalankan kerja - kerja berdakwah kecuali diwaktu pilihanraya sahaja. Adakah mereka tidak malu mengatakan diri mereka pejuang Islam? Adakah perjuangan mereka hanya ketika Pilihanraya sahaja? Tidakkah ianya lebih baik jika diadakan secara berterusan? Tepuk dada, tanya Iman. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping