...Apa Sumbangan Beliau Kepada Peneroka???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Laporan Malaysiakini semalam memaparkan kisah seorang ANAK yang tidak tahu mengenang untung, Mazlan Aliman. Beliau yang turut dikatakan anak seorang peneroka dan Ketua Pemuda PAS Johor serta AJK PAS Pusat ini tidak puas mempertikaikan jasa bakti orang lain.
Selepas menjadikan Felda sebagai sasaran, kali ini beliau mengalihkan perhatian kepada Felcra pula. Kononnya beliau akan membawa isu tersebut ke perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau mempertikaikan kegagalan Felcra di Sabah dan turut mendesak supaya SPRM menyiasat projek agropolitan di Pulau Bangi, Kudat kerana disyaki terdapat penyelewengan. Demikian yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Secara tidak lansung, Mazlan juga turut mendesak (secara tidak sengaja) agar isu yang sama berkaitan dengan Felcra disiasat oleh pihak berkenaan yang melibatkan Kerajaan PAS Kelantan.
Yang menjadi persoalan, kenapa beliau hanya mempersoalkan Negeri Sabah sahaja? Mengapa beliau tidak bertanya atau menyiasat kes kehilangan tanah Felcra di Kelantan? Ianya telah terbukti dan siap dengan gambar serta dokumen yang menyatakan Felcra sudah menyerahkan tanah tersebut kepada Kerajaan Negeri.
Felcra menyerahkan tanah seluas 10, 500 ekar kepada Kerajaan Negeri Kelantan berserta wang sebanyak RM10juta untuk diusahakan. Ke mana perginya tanah tersebut? Sehingga kini, Kerajaan Negeri Kelantan tidak dapat menjelaskan berkenaan isu tersebut.
Jelas, penyelewengan juga turut berlaku di Kelantan. Maka wajar bagi Mazlan Aliman kaji dulu apa yang berlaku dalam Kerajaan Negeri parti beliau sendiri sebelum mempertikaikan jasa bakti orang lain.
Yang jelas dan nyata, sumbang bakti beliau tidak mampu menyaingi Felda mahupun Felcra yang terang - terangan membantu rakyat. Layakkah beliau mempertikaikannya? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.