Selasa, November 16, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Demikian yang boleh Semut gambarkan mengenai keadaan di Selangor. Asal dapat 'cuti' yang diberikan Kerajaan Negeri secara tiba - tiba, siap - siap lah untuk cari kerja lain.

Perkara ini pernah berlaku dalam DAP dan isu Tee Boon Hock yang pernah diberikan 'cuti' olehpihak Kerajaan Negeri. Beliau yang hanya Ahli Majlis Perbandaran Klang kemudiannya dipecat dari menjadi Ahli Majlis tersebut.

Kali ini, giliran Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Mohd Saifulruddin pula diberi cuti. Hanya gara - gara kontroversi perbelanjaan Ulang Tahun ke 40 Yayasan tersebut.

Seperti yang dinyatakan oleh ADUN Jeram, Datuk Amiruddin Setro, beliau hairan kenapa hanya Timbalannya sahaja yang diberi cuti? Kenapa Pengurus dan Pengerusi Yayasan tersebut juga tidak diberi cuti?


Sepatutnya tanggungjawab keatas kontroversi itu harus dipikul bersama - sama, bukan sekadar meletakkannya atas bahu Timbalan. Adalah mustahil bagi seorang Timbalan sahaja diperlukan untuk meluluskan perbelanjaan sebanyak itu.

"...Mereka juga antara pihak yang mempunyai kuasa meluluskan perbelanjaan yang tidak mungkin dilakukan oleh Mohd. Saifulruddin seorang. Jadi saya minta perkara ini diperjelaskan," kata beliau...

Mungkin sudah tabiat Khalid Gagap itu suka menjadikan orang lain sebagai Kambing Hitam ke atas kesilapan yang dibuatnya. Ia juga mungkin strategi beliau untuk menggantikan seseorang dengan orangnya sendiri. Atau adakah beliau tidak tahu bagaimana hendak memikul tanggungjawab sebagai pemimpin? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping