Selasa, November 16, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semalam, sudah puas Semut mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang menghalang media membuat liputan di Sidang DUN Kedah. Hanya semata - mata dakwaan Menteri Besarnya media membuat laporan berat sebelah ekoran isu banjir.

Hari ini, dalam Harakah Daily Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula menyelar pihak media. Beliau mendakwa adalah wajar bagi Menteri Besar Kedah itu melarang media membuat liputan.

Kata beliau, ianya reaksi biasa yang diberikan tanda protes, bukan menghalang kebebasan media. Kata beliau, media hanya menumpukan kepada bantuan Kerajaan Pusat dan seolah - olah menidakkan bantuan Kerajaan Negeri.


Yang dinyatakan diatas adalah sumbangan bantuan Dewan Pemuda PAS Pusat. Bukan bantuan Kerajaan Negeri. Mana bantuan kerajaan negerinya?

Yang menjadi persoalannya, kenapa media pro pembangkang tidak membuat liputan mengenai perkara tersebut? Kenapa sepanjang isu banjir yang berlaku di Kedah itu, media mereka tidak memaparkan sebarang laporan?

Sebaliknya hanya mengambil laporan dari Bernama sahaja. Kalau ada pun laporannya, semua mengenai bantuan dari PAS Pusat. Bukan dari Kerajaan Negeri.

Sendiri tidak tahu menari, lantai jadi mangsa. Perbaiki lantai dulu, baru lah belajar menari. Jangan tahu salahkan orang lain sahaja sebab kelemahan diri sendiri. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. MEDIA, DEMOHATI DAN HIPOKRASI

    1. Kebebasan media diukur menerusi kaca mata pembangkang? Betul/salah?

    2. Media yang bebas adalah media yang mengkritik pemerintah SAJA. Betul/salah?

    3. Media yang baik adalah media yang tidak mengkritik pembangkang sebaliknya 100% membodek. Betul/salah?

    4. Media yang berani berkata benar (meskipun terpaksa menyentuh kredibiliti pembangkang) adalah media yang tidak beretika. Betul/salah?

    5. Media yang memaparkan kezaliman 'pembesar PR' adalah media haprak. Betul/salah?

    6. Media tidak boleh memaparkan kezaliman pembesar PR sebaliknya pembesar PR berhak memaparkan kezaliman media. Betul/salah.

    7. Media perlu adil dalam memberikan label negatif terhadap pembesar PR tetapi pembesar PR boleh melabelkan pihak media tanpa perlu melalui proses keadilan. Betul/salah?

    Kalau jawapan anda adalah betul kesemuanya, makanya tidak hairanlah anda dilahirkan sebagai pembangkang, anti-media dan hipokrit.

    Chinglot

    BalasPadam
  2. hehe... biasela tu... sejak join Pakatan Haram ni, PAS pon dah byk blaja skill2 cover n alih isu drp DAP n PKR... dulu just pandai hentam org melalui ceramah tp bile nak jwb media tersasul2... skang dah confident dah nak jwb ape je ngan media walaupun auta saja...

    BalasPadam
  3. dia pun bodo lahhh .... tiap kali dia buat PC meluat aku nak baca muhahahahhaha... lebih baik tap payah baca muhahahahha HAMPASSSSSSSSSSSSSSSS woiiiii

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping