Khamis, November 18, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Tahniah Semut ucapkan kepada NGO Kuantan yang berani membangkitkan kembali isu Namewee. Kerana keberanian mereka, si Rapper Racis Wannabe (RRW) itu terpaksa melupakan hasrat beliau itu.

Sebelum ini dilaporkan sebanyak 30 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kuantan telah mengadakan bantahan terhadap kedatangan lelaki yang pernah mencerca seorang guru dan mengubah lagu Negara Ku itu.

Turut dilaporkan, Namewee dijadualkan akan membuat persembahan di sebuah pusat hiburan pada 20 November depan. Bantahan yang dibuat itu bukan semata - mata isu perkauman, tetapi lebih kepada keamanan semua kaum dikawasan setempat.


Hari ini, persembahan si RRW itu dibatalkan. Ianya disahkan oleh pemilik pusat hiburan tersebut yang turut menyatakan bahawa tawaran yang diterima beliau sebelum ini adalah salah faham.

Beliau sebelum ini hanya dimaklumkan oleh pengelola persembahan yang ingin menyewa premis bagi pertunjukan seorang artisnya sahaja. Mereka tidak menyatakan siapa artis tersebut.

Namun yang Semut hairan, kenapa guru yang terlibat dalam isu tersebut dikenakan tindakan disiplin, tetapi Namewee terlepas? Pada hal, terang - terangan beliau mengutuk dan memburukkan guru serta mengubah lagu Negara ku sebelum ini.

Apa yang dinyatakan oleh guru itu tidak ada siapa yang tengok dan saksi melainkan guru serta pelajar sekolah terbabit sahaja. Sedangkan apa yang Namewee buat seluruh dunia sudah menontonnya.

Jadi dimana keadilannya dalam hal ini? Adakah pihak tertentu akan membiarkan sahaja perkara ini? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

5 ulasan:

  1. Salam.Orang melayu nampak mcm warga negara kelas dua pulak sekarang?

    BalasPadam
  2. kena bg hukuman keras..sebagai pengajaran..
    memperlekehkan lagu kebangsaan adalah perbuatan melampau...

    BalasPadam
  3. jangan diberi peluang org macam ni,tak ada faedah langsung

    BalasPadam
  4. kita tenguk sekarang ramai bangsa cina dah mula tunjuk sikap kuang ajar kt rakyat mlaysia terutama bangsa melayu.ini terjadi disebabkan oleh fanatik ahli pas yang tak pernah membangkang apa yang DAP buat..aku sarankan agar kepada bangsa melayu bangun dan jangn biarkan bangsa ini emmbuat porak peranda dalam negara..baru2 ni aku ada tenguk citer shinjuku kt astro fiest.. ia berkaitan kedatangan haram bangsa cine ke jepun dan sampai satu tahap membuat huru hara di jepun.kejadian ini berlaku benar pada tahun 1990an..hingga sekarang rakyat jepun tidak beri muka kat bangsa ini kerana mereka memang sering menimbulkan suasana kontroversi sebab diorg bertuhankan duit.jadi dia anggap bangsa lain smua boleh di beli dengan duit..so harap tguk citer ni tuk amik iktibar....

    BalasPadam
  5. Semua ini berpunca dr sikap berdiam diri( menyelamatkan diri) dan tiada kesepakatan pemimpin pemimpin melayu dlm sesuatu isu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping