Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Jawapan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar hari ini memang cukup pedas. Sampaikan yang bertanya terasa dirinya bagai dilempang oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu.
Noh Omar sebelum ini ditanya mengenai isu ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim. Ng dilaporkan telah diserang oleh beberapa orang penduduk di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang 4 November yang lalu.
Isu tersebut telah dibangkitkan oleh Fong Po Kuan (DAP Batu Gajah).
Datuk Noh berkata, beliau sudah menulis surat rasmi memohon kepada Menteri Besar Selangor untuk bertemu dengan semua ADUN Selangor termasuk Ng bagi menyelesaikan isu tersebut.
Oleh sebab tidak boleh terima 'tamparan' tersebut, maka bermulalah pertikaman lidah diantara Noh dan beberapa lagi Ahli Parlimen Pembangkang lain. Diantaranya, Fong sendiri, Khalid Samad (aka Khalid Gereja) dan Dr Mohd Hatta Ramli (PAS Kuala Krai).
Tak semua yang masuk campur merupakan wakil dari Selangor. Jadi sebab itu persoalan Semut, lain orang yang kena belasah, lain pulak yang marah. Apa hal?
Dah Menteri Besar Selangor sendiri buat masalah, nak marah Noh Omar kenapa? Sepatutnya mereka mendesak agar Menteri Besar Selangor itu memberi respon secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah ini.
Yang paling Semut tidak faham kenapa mereka mempertikaikan Datuk Noh Omar? Adakah semata - mata beliau Ahli Parlimen Tanjung Karang? Mana buktinya mereka menuduh orang yang memukul Ng Suee Lim itu orang UMNO dan penyokong Noh Omar?
Jangan main serkap jarang je. Nanti yang malu diri sendiri. Macam hari ni, kan tak pasal - pasal je songeh. Sapa nak jawab? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.