Sabtu, November 06, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Macam - macam spekulasi yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan mengenai kekalahan besar Penipu Rakyat (PR) terutama PAS dan PKR dalam PRK yang diadakan baru - baru ini. PAS dikatakan tumbang di Galas manakala PKR ditolak di Batu Sapi.

Wujud juga beberapa faktor mengenai kemenangan BN ini dikedua - dua tempat. Semut hanya akan memberikan penjelasan mengenai keadaan di Galas dan diantara punca - punca kekalahan PAS disana.

1. PAS didapati gagal menjelaskan isu berkaitan Ladang Rakyat dan isu Tanah. Terutama bagi masyarakat Orang Asli dimana mereka sekadar memperolok - olokkan penduduk dengan 'SIJIL' Pengiktirafan Penempatan sahaja. Sedangkan apa yang diminta oleh mereka adalah kepastian serta geran tanah milik mereka sendiri.

2. PAS tidak dapat menjawab persoalan mengenai hubungan mereka dengan DAP. Jika sebelum ini, mereka menuduh UMNO kafir kerana bersahabat dengan MCA, tetapi sebaliknya mereka juga bersahabat dengan DAP. Dakwaan yang dibangkitkan oleh Ustaz Mohd Nor Deris itu lansung tidak dijawab oleh Nik Aziz tetapi hanya menyalahkan UMNO sahaja yang kafir.

3. PAS jelas tidak mendahului rakyat sebagai tumpuan utama perjuangan mereka. Pembangunan diabaikan, janji - janji mereka hanya omongan kosong belaka, malah kebajikan rakyat juga turut tidak dilaksanakan.

4. Jelas hubungan PAS dengan rakyatnya kurang mendapat sentuhan peribadi apabila ada pihak yang mendesak agar Kerajaan Negeri tidak berterusan meminggirkan orang Asli serta penduduk Negeri Kelantan khususnya. Sama ada mereka menyokong atau tidak PAS, ianya menjadi tanggungjawab pemimpin dan pemerintah Kerajaan Negeri terhadap mereka.

5. PAS juga tidak dapat menjawab isu pemberian wang kepada pengundi luar dan juga orang asli yang dideahkan sebelum ini. Persoalannya bukan sama ada ianya rasuah atau tidak. Tetapi kenapa kali ini PAS menggunakan pendekatan sedemikian?

Bagi Semut, dengan persoalan itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan rakyat merenung semula pentadbiran PAS di Kelantan sejak 20 tahun yang lalu. Tidak ada sebarang pencapaian yang boleh dibanggakan oleh mereka terhadap kepimpinan PAS Kelantan.

Tidak lupa juga pengaruh Tengku Razaleigh di Guua Musang serta usaha kuat jentera BN turut menjadi faktor penting dalam memperolehi kemenangan ini. Jelas, rakyat kembali yakin dengan kepimpinan Barisan Nasional dan diharapkan momentum ini dapat diteruskan. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. PAS masih lagi menyalahkan orang lain dengan kekalahah yang diterimanya.
    Mereka tidak mahu menerima hakikat yang sebenarnya.Dimana rakyat sudah mula membuka mata dan minda.....

    BalasPadam
  2. Renung ikan temenung sampai termenung....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping