Jumaat, November 12, 2010

...Monyet Pun Marah Ambik Tempat Dia...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Inilah bukti betapa setianya PAS kepada DAP. Walaupun diberi gambaran buruk macam mana sekali pun, PAS sanggup menerimanya.

Sebelum ini, Jagdeep Singh Deo menggelarkan peserta dalam demonstrasi yang berlansung dihadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru - baru ini sebagai monyet. Kalau bukan monyet kata beliau, kera atau beruk.

Walaubagaimana pun, Dewan Pemuda PAS masih berpendapat bahawa demonstrasi jalanan merupakan jalan paling berkesan bagi menyampaikan tuntutan kepada pihak tertentu.

"...Kalau tuntutan tidak ada hasil, apa penyelesaian? Kita turun ke jalan raya kembalilah..."

Demikian yang dinyatakan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.

Persoalannya, budaya demonstarsi jalanan ini bukan budaya PAS sebelum ini. Seingat Semut, dizaman Ustaz Fadhil Noor dahulu, demonstrasi jalanan seperti ini tidak pernah diadakan.

Jadi dari mana mereka (PAS) mengadaptasi kaedah ini sebagai jalan penyelesaian masalah? Sudah tentu fahaman si Ketua Penipu, Anwar Ibrahim sudah menyerap ke dalam parti ini. Maka tidak salah jika kita katakan bahawa wujudnya pro Anwar dalam PAS hari ini.

Mereka inilah yang akan menyebabkan PAS menjadi kucar - kacir seperti PKR hari ini. Malah sanggup menjadi hamba kepada DAP. Walau digelar MONYET sekali pun.

Begitu rendah martabat dan maruah mereka sanggup gadaikan. Bagaimana dengan perjuangan mereka mempertahankan Islam? Adakah akan terkubur seperti perlaksanaan hukum hudud dan penubuhan Negara Islam? Wallahualam

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kesian gak orang PAS ni..perjuangan mereka dianggap seperti MONYET pun masih tak sedar-sedar diri. Gelaran tu datang dari pakatan mereka sendiri bukan dari puak lain. Puak-puak lain hanya sebut berulang kali supaya juak-juak PAS ni sedar tapi usaha tersebut sia-sia aja. Itulah bahana kalau dah berkawan dengan SYAITAN, pintu hati pun dah tertutup rapat, akal fikran kurniaan Allah s.w.t. dah tak dapat berfungsi dengan baik.
    Kalau dah Pemimpin PAS sendiri diperbodoh-bodoh dan dibahlulkan apa tah lagi pengikut akar umbi! Nasib kau oranglah Pengikut PAS...nak buat macam mana? Mungkin itu dipanggil JIHAT gak kot?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping