Sabtu, November 13, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sebagai pemimpin, seseorang harus tahu bahawa tanggungjawab mereka bukan sekadar menyediakan kemudahan dan keselesaan hidup didunia semata - mata. Tetapi mereka juga bertanggungjawab terhadap rakyat demi keselamatan diakhirat kelak.

Seorang pemimpin wajar mengisi keperluan jiwa rakyat kerana jiwa merupakan raja dalam diri manusia bagi menentukan buruk baik sikap seseorang itu.

Keperluan jiwa mempunyai sifat yang abstrak atau maknawi yang memerlukan keperluan iman dan taqwa kepada Allah S.W.T. Jika jasad memerlukan makanan dan minuman, akal perlukan ilmu pengetahuan maka hati dan jiwa memerlukan keyakinan serta keimanan.

Keyakinan akan menentukan sistem nilai, paradigma dan pandangan serta kelakuan seseorang. Yang jelas, ilmu yang tinggi sahaja tidak akan membawa ke mana - mana tanpa keyakinan yang mantap.

Bagi memantapkan soal yang berkaitan, para pemimpin perlu terlebih dahulu memiliki keyakinan tersebut seterusnya menterjemahkan menerusi sikap dan perlakuannya.

Maka cara mendidik yang berkesan adalah dengan mempamerkan teladan yang baik dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mendidik pengikutnya. Hal ini adalah disebabkan zahiriah manusia lebih mempercayai mata (apa yang dilihat) berbanding telinga (apa yang didengar) mereka.

Namun, keperluan rohani inilah yang paling sukar diisi oleh para pemimpin sedangkan iman dan taqwa merupakan keperluan paling utama jika dibandingkan dengan keperluan lain.

Oleh sebab perkara ini dipandang remeh, maka tidak hairanlah pemimpin hari ini banyak menghadapi kesukaran dan masalah dalam pentadbirannya.

Jadi, bagi sesiapa yang hendak menjadi pemimpin wajar bagi mereka merenung sejenak akan perkara ini. Adakah mereka memiliki kemampuan untuk mengisi keperluan jiwa rakyat? Adakah mereka benar - benar pemimpin yang terpilih atau pemimpin yang dipilih oleh masyarakat? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Sumber petikan dari majalah Solusi.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping