...Mimpi Lagi Ke Tok Guru???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Nampaknya kekalahan besar PAS Kelantan di Pilihanraya Kecil DUN Galas sememangnya memberi tamparan besar juga buat mereka. Bagaikan mimpi ngeri, sampai hari ini mereka tidak boleh menerima hakikat kekalahan tersebut.
PAS sehingga hari ini masih lagi membuat andaian tanpa sebarang bukti kukuh menuduh UMNO/BN melakukan itu dan ini.
Terbaru mereka mendakwa terdapatnya Orang Asli dari luar Kelantan yang mengundi di Galas. Mereka mendakwa terdapat banyak Bas disekitar penempatan orang Asli pada hari pembuangan undi.
Kononnya menurut sumber, bas tersebut digunakan bagi mengangkut pengundi luar untuk datang mengundi di Kelantan.
Soalnya, mana bukti wujudnya bas tersebut? Kenapa sumber mereka tidak membuat dakwaan dengan mengambil gambar dan melaporkannya kepada SPR?
Janganlah jadi 'Sore Loser' macam Zaid Ibrahim. Bila kalah, ada rasuah la, ada pengundi hantu la, ada bas la. Buktinya mana?
Secara tidak lansung, Semut melihat kegagalan PAS menuruti Rukun Iman Ke 6, iaitu percaya kepada Qada' dan Qadar Allah S.W.T. Beginikah sifatnya sebuah parti yang mendokong Islam sebagai tunjang perjuangannya? Dimana letaknya nilai keimanan mereka kepada Allah S.W.T? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.