Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
PKR sekarang dalam keadaan Fobia kerana sering ditinggalkan. Seorang demi seorang pemimpin dalam parti tersebut mula angkat kaki dan meninggalkan perjuangan peribadi Anwar Ibrahim itu.
Yang paling menakutkan mereka ketika ini ialah kemungkinan rakan sekutu mereka juga turut angkat kaki. Baik untuk bergerak solo mahupun bersama - sama dengan Barisan Nasional untuk menentang mereka.
Perkara ini sudah pun berlaku tatkala SAPP pimpinan Yong Teck Lee terang - terangan menentang mereka dalam PRK Batu Sapi baru - baru ini yang jelas membelakangkan sekutunya dalam Pakatan di Sabah.
SUA PKR kini gentar sekiranya PAS mula berubah fikiran dan menyertai UMNO. Atas sebab itulah si Ciputdin membidas cadangan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan yang membangkitkan isu Kerajaan Perpaduan.
"Mereka pernah bersama PAS, kemudian (PAS) ditendang keluar. Jadi saya nak pesan, sebelum cerai isteri talak tiga, fikir banyak-banyak," katanya
Tahan lagi PAS masuk dan keluar sebagai sebuah parti. Tidak seperti PKR yang mana kebanyakkan ahlinya semua saki baki UMNO yang kecewa kerana tidak mendapat habuan yang didanbakan mereka.
Jika hendak dinyatakan secara individu, terlalu banyak nama yang hendak Semut tulis. Namun yang nyata, PKR takut ditinggalkan keseorangan dalam memperjuangkan Anwar. Bukan untuk rakyat. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
saifuddin tak bolih nak buat apa2 lagi. nak tinggalkan PKR tak tau dah nak kemana , nak balik ke umno malu lah...sebab dah kutuk umno habis2an terlalu percayakan cakap anuar ibrahim....mahu tak mahu teruskan ajelah perjuangan yg dia sendiri tahu tak kemana..buat2lah kerja sempai dah tak larat lagi..kawan2 lain seperti roslan kasim ,ezam,dr wahid,anuar shaari dan lain2 dah lama tarik handbreake..dan kembali kepangkuan untuk meneruskan perjuangan demi bangsa , agama dan negara tercnta...syabas!!!!tahniah pada saifuddin yg masih berjuang diseberang sana walaupun nampak lesu dan tak bermaya lagi.
BalasPadam