Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Bila dah kena batang hidung sendiri, baru mereka ter'hegeh-hegeh' nak buat kerja. Kalau tidak, tidur sajalah jawabnya. Demikian yang boleh kita gambarkan mengenai media pro pembangkang.
Kalau sebelum ini, perang media dan persepsi di alam siber didominasikan oleh mereka. Dengan pelbagai dakyah dan propaganda, tidak kira sama ada ianya benar atau tidak menjadi mainan buat mereka.
Tetapi sejak akhir - akhir ini, media pro pembangkang ini dilihat semakin kurang menyengat kerana setiap artikel mereka akan dihujah dan dibidas dalam waktu yang singkat. Dakyah penipuan mereka mula tidak menjadi kerana rakyat akan sentiasa mendapat pandangan kedua atau 'second opinion'.
Kegagalan paling nyata ialah apabila mereka gagal membuat sebarang liputan mengenai isu banjir di Kedah. Sehingga Menteri Besarnya berang dan menyatakan tidak puas hati terhadap media mereka sendiri (walaupun tidak diungkapkan dengan kata - kata).
Oleh sebab itulah agaknya, Mahfuz Bean Omar mahu media pro pembangkang perlu diperkemaskan. Jelas bahawa mereka kini sudah kucar kacir dan tidak terurus.
Jelas bahawa kini media mereka tidak sehebat dulu. Perang persepsi mereka sudah mula luntur dan semakin lemah. Tahniah Semut ucapkan kepada media - media alternatif lain kerana mampu memberikan saingan walaupun memakan masa yang singkat.
Kesedaran terhadap pentingnya media seumpama ini kepada rakyat harus diteruskan agar mereka tidak terus tertipu dengan momokkan media pembangkang. Baru mereka boleh membuat perbandingan, yang mana betul dan yang mana salah. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Bagus juga blogger pantau blog pro pembangkang , setiap artkel kuar terus kena 'check mate'.
BalasPadampadan muka, dulu gah buat onar fitnah kaw2 kat bn, semua puaka2 tu dah takdak idea dah nak bantai.. tahniah lagi sekali pejuang2 hebat alam maya... pro-bn.. tahniah lagi sekali...
BalasPadamkalu mmg tak da berita nak ditulis nak buat camna. takkan nak tulis brita kerajaan kedah tidur kut
BalasPadamSalam. Sebenarnya media pembangkang masih mcm dulu... mereka tak lemah dan masih menyengat. Cuma bezanya, dulu mereka bebas mencaci, memfitnah n menyalak. Dan sekarang setiap dakwaan mereka segera di-checkmate-kan. Terima kasih n tahniah bloger2 pro-bn sekalian.
BalasPadam