Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalah drama telenovela bila bercerita tentang mamat sorang ni. Sekejap kata nak berenti, sekejap kata tidak. Mana satu yang betul entah la.
Sebelum ini, Zaid Ibrahim dikatakan beria - ia sangat nak letak semua jawatan yang disandang dalam PKR. Beliau juga turut menegaskan akan menarik diri dari menjadi calon Timbalan Presiden PKR Pusat.
Alih - alih tak jadi pulak nak keluar parti. Beliau dilaporkan akan tetap setia dengan PKR yang disertainya lima bulan dulu. Lima bulan? Biar betul laporan Harakah Daily ni. Baru lima bulan ke Zaid sertai PKR?
Walaubagaimana pun, Zaid tetap menggesa agar Anwar dan Azmin segera berundur dan memberi laluan kepada tenaga atau pemimpin baru untuk menyegarkan parti tersebut. Eh, dia orang baru nak suruh orang lama pulak berundur? Tak sedar diri ke apa si Zaid ni?
Mana mungkin Azmin dan Anwar akan berundur begitu sahaja selagi harapan mereka menjadi Perdana Menteri 'Bersama' tidak terlaksana. Mati hidup semula pun Anwar tidak akan bersara dari politik selagi agenda peribadinya tidak tercapai.
Jadi, mimpi apa Zaid al Araki nak buaikan kepada rakyat ni? Hakikat umum dah tahu sikap rakus si Ketua Penipu itu. Wayang apa yang mereka nak persembahkan kepada rakyat? Tak sudah - sudah lagi menipu ke? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Zaid tak nak jadi Katak Tapa kot. Sebab tu tak jadi nak keluar parti. Cet! Pigi dah. Takde prinsip punya orang.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.