Selasa, November 09, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Ada gaya macam mereka saling bertelagah dengan maklumat masing - masing. Tetapi Semut sempat baca laporan dalam Harakah Daily sahaja. Jadi tidak pasti yang mana satu yang betul.

Dilaporkan bahawa Menteri Besar Selangor sedia memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan kawasan Lembah Klang. Namun beliau sedikit pun tidak menyokong pembinaan Menara Warisan Merdeka.

Khalid dilaporkan menyebut perkara tersebut dalam laman twitternya oleh Harakah Daily. Beliau dikatakan hanya memperbetulkan laporan dalam laman web Malaysia Insider yang menyatakan kononnya beliau memberi sokongan terhadap pembinaan menara tersebut.

Soalnya, siapa yang betul dan siapa yang salah lapor dalam hal ini? Jika benar Malaysian Insider salah lapor, maka dakwaan portal tersebut menipu adalah benar. Maka wajar Menteri Penerangan, Rais Yatim menyiasatnya berikutan dakwaan JMM.

Kedua. Sama ada Khalid setuju atau tidak, secara tidak sengajanya beliau akui Kerajaan PKR tidak mampu untuk membangunkan Selangor. Sebab itu beliau setuju untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan Lembah Klang.

Ianya mungkin nak 'Cover line' kenyataan Teresa Kok yang tergagap menjawab soalan mengenai sumbangan Kerajaan PKR kepada Selangor semalam.

Tetapi kerana nak tutup malu punya pasal, beliau mengalih perhatian kepada projek pembinaan menara agar tidak kelihatan sangat kegagalan beliau. Adakah pembinaan menara itu nanti tidak akan menguntungkan dan membantu membangunkan Lembah Klang? Atau adakah Kerajaan Negeri tidak akan mendapat manfaat jika ianya dibina nanti? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping