Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut mula rasa terkilan bila membaca artikel dalam blog Papa Gomo sebentar tadi. Ada ke patut, main tuduh sebarangan je diorang ni? Apa diorang tak tau ke yang orang lain sibuk berhempas pulas buat kerja?
Kalau setakat dengar cerita orang, susah jugak la nak percaya. kalau setakat baca berita dalam blog sesetengah Blog 'Power House' tanpa sebarang usul periksa dan lepas tu terus percaya, payah la nak jelaskan. Tapi Semut sendiri turut berada disana.
Memang benar apa yang Papa Gomo bagi tahu. Selama seminggu (Semut lambat sampai) di Galas, sukar untuk Semut menjejaki Ketua Pemuda UMNO Gua Musang. Bazlan Baharudin hanya Semut jumpa sewaktu pelepasan penyokong 'Red Warrior' di hadapan Sekolah Menengah Tengku Indera Petra sahaja.
Beliau turun lebih awal dari Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim dan YB Abdul Aziz Yussof (yang masa tu calon). Sempat Semut tanya, "Lepas ni nak ke mana bang?" "Rumah ke rumah la. Nak tengok pengundi."
Beliau bergerak dengan pasukan - pasukannya sendiri menziarahi penduduk dari rumah ke rumah. Aktiviti yang turut dijalankan oleh Ketua Wanita dan Ketua Puteri. Jadi, mana datangnya cerita beliau dilihat bersama blogger - blogger UMB? Ditaja oleh KJ pulak tu. Dakwaan bahawa beliau tidak membantu adalah tidak benar sama sekali.
Semut nak jugak tau siapa dia blogger UMB yang ditaja KJ tu? Sebab kalau ada blogger yang ikut Bazlan, mesti ada gambar dia keluar dalam mana - mana blog. Hairan bukan? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
gambar yang ditunjuk bukan kerja tuan rumah ketua pemuda bahagian.
BalasPadamitu semua cuma publicity dan photo op.