Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Apa gunanya jadi pemmpin kalau tidak dapat membantu rakyatnya? Apa gunanya kalau jadi pemimpin tetapi rakyat tidak dapat bergantung harap kepada mereka?
Kalau kita baca sejarah perang menentang Negara Parsi dan Rom sewaktu zaman Khalifah Umar Al-Khattab, mereka berperang demi kebajikan Ummah. Umat Islam yang pertama dan yang kedua kerana jazirah Arab itu sendiri.
Di Rom dan Parsi pada ketika itu berlaku penindasan kepada sesiapa sahaja yang menganut agama selain dari mereka. Terutama agama Islam yang dianggap agama baru pada ketika itu. Sudah tentu yang kebanyakkan penganut agama Islam ini terdiri dari bangsa Arab.
Atas dasar itulah Umar melancarkan perang ke atas Parsi dan Rom untuk membebaskan saudara yang bukan hanya seagama dengannya tetapi juga sebangsa dengan beliau sendiri. Bagi masyarakat Arab, setiap jazirah itu bersaudara.
Tetapi perkara sebaliknya berlaku di Pulau Pinang. Apabila beberapa penduduk Melayu datang meminta pembelaan daripada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau tidak mengendahkkanya. Malah beliau turut meletakkan mengikut kasta tertentu.
Mansor Othman hanya dilihat sebagai boneka yang ditempatkan oleh pemimpin DAP Pulau Pinang. Pemimpin itu syarat Ketua Menterinya, janji ada Melayu. Tetapi kuasa untuk membela nasib orang Melayu yang sering ditindas lansung tidak ada. menurut laporan Utusan Online:
...Datuk Mansor Othman disifatkan sebagai pemimpin yang tidak mempunyai kuasa apabila gagal membela hak orang Melayu khususnya isu pengambilan tanah penduduk di Kampung Genting dan Pondok Upeh, Balik Pulau untuk dibangunkan sebuah universiti....sebaliknya Mansor mengarahkan penduduk terbabit supaya meminta bantuan daripada pemimpin UMNO untuk menyelesaikan isu tersebut....
Apa gunanya beliau jadi Timbalan Ketua Menteri jika nak menyelesaikan masalah pun suruh orang lain? Kalau tak boleh nak selesaikan, letak jawatan sahaja. Baik bagi orang UMNO, kalau orang UMNO yang boleh selesaikan.
Jelas terbukti bahawa mereka sebenarnya hanya boneka yang bernyawa, hidup tidak ada fungsi. Tak guna belaka, menipu sahaja yang mereka tahu. Jelas, perjuangan mereka hanya untuk diri sendiri dan bukan untuk Harapan Rakyat. Wallahualam.
Fkir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.