Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut mula nak tanya soalan yang bukan - bukan ni sebab tengok mereka dah mula buat benda yang bukan - bukan pulak ni. Ni parti politik ke parti keramaian? Suka - suka nak bertanding lepas tu tarik diri dan keluar parti.
Terdahulu sebelum ni, semua pakat nak bertanding. Nak bawak pembaharuan la, pendekatan baru kepada perjuanggan la. Alih - alih dah sorang tarik diri. Zaid Al Araki yang sebelum ini berdegar - degar sangat nak bertanding, akhirnya dia pun angkat kaki. Kibar bendera putih sebab wujud penyelewengan dan ada kelemahan dalam pemilihan.
Hanya sebab beliau dah ditinggalkan jauh berkampung oleh Azmin Ali, maka beliau terus berputus asa. Bukan setakat tarik diri nak bertanding, habis semua jawatan dalam PKR dilepaskannya. Lebih kurang Zaid telan balik semua puji - pujian melangit yang beliau lemparkan kepada PKR kononnya lebih baik dari UMNO. Kalau baik kenapa dia angkat kaki?
Terbaru, si Mustafa Kamil Ayob pula bakal mengikut jejak langkah Zaid. Dakwaan tetap sama wujudnya kelemahan dan penyelewengan dalam pemilihan. Tapi sekurang - kurangnya ada jugalah tindakkan yang beliau buat, laporkan kepada JPP dan Presiden mengenainya.
Cuma, tinggal lagi apa yang Presiden boleh buat? Presiden pun macam patung, tau senyum sebelah suami sahaja. Apa kuasa Presiden ada?
Bak kata P.Ramlee dalam Ali Baba Bujang Lapok: Dah kena dah, Si Penyangak Kena Tipu Dengan Si Penipu. Dah tahu Anwar tu Penipu, Azmin tu Penyangak, yang diorang percaya tu pasal apa? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Teruskan usaha bertelagah sesama sendiri, biar sampai hancur lebur pun takpe. Yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang. Senang kerja UMNO & BN nanti.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.