Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut baru terbaca berita hangat ni dalam blog rakan - rakan lain. Tapi walau bagaimana pun, Semut tak pelik atau tak terkejut sangat kalau beliau ambik tindakan sedemikian. Sebab dia memang jenis orang yang cepat merajuk dalam perjuangan.
Zaid Ibrahim dikatakan telah menarik diri dari menjadi pertandingan Timbalan Presiden PKR Pusat dan meletakkan semua jawatan dalam parti tersebut. Beliau juga mengumumkan akan keluar dari parti tersebut. Klik sini dan sini.
Berita tersebut juga turut disiarkan oleh Malaysian Insider. Khabar angin juga mengatakan Zaid al Araki bakal menubuhkan parti beliau sendiri. Klik sini.
Macam yang Semut cakap tadi, ianya boleh kita jangkakan. Beliau memang seorang yang cepat merajuk dalam perjuangan. Tengok masa beliau dalam UMNO dulu. Orang tegur sikit, merajuk keluar UMNO. Masuk PKR, jadi calon PRK Hulu Selangor. Kalah pulak, saman MP Hulu Selangor. Kes gugur.
Sekarang sebab dah kena tinggal 'berkampung' jauh dek Azmin Ali, dah nak tarik diri. Letak jawatan dan keluar parti. Memang 'Sore Loser' betul la dia ni. Macam takde prinsip pulak. Maka layak juga dia dikenali sebagai Katak Tapa sebab katak tapa ni spesis katak paling besar dalam dunia dan memang suka duduk sendirian. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Yang dia pun dah tau PKR tu Penipu Kepada Rakyat, dia 'join' jugak tu pasal apa?
Salam..Kalau spesis katak tapa ni kegemaran ikan haruan.Tunggulah nak pergi lubuk mana pulak?
BalasPadam