Isnin, November 08, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Demi menepis semua kesilapan dan kegagalan yang telah mereka lakukan dalam Pilihanraya Kecil Galas baru - baru ini, PAS cuba bangkit dengan menyatakan hubungan mereka dengan DAP tidak sedikit pun terjejas. Itu yang dapat Semut bayangkan tatkala membaca artikel ini.

Walaupun alasan mereka menyatakan DAP bukan satu beban, namun sehingga hari ini PAS ternyata gagal dalam menjelaskan Hudud dan Penubuhan Negara Islam kepada DAP. Ianya terbukti kerana mereka gagal menangani masalah tersebut dengan rakan sekutunya itu.

Kenapa Semut begitu yakin dengan perkara ini? Sebab sehingga hari ini, dasar perjuangan mereka itu sudah lenyap dari pendirian asal mereka. Malah dalam PRK Galas, tidak ada lagi laungan mahupun isi ceramah yang membangkitkan semangat perjuangan tersebut.

Mereka dilihat lebih tunduk kepada desakan DAP agar Negara Islam tidak dilaksanakan dan hukum hudud tidak diteruskan menjadi wadah perjuangan PAS. Kalau benar apa yang mereka katakan bahawa DAP bukan satu beban buat mereka, kenapa laungan ini tidak lagi kedengaran?

sebaliknya mereka mengkafirkan UMNO kerana bersahabat dengan MCA serta MIC. Walhal UMNO, MCA dan MIC sudah lama bersahabat serta mempunyai persefahaman yang jauh lebih baik dari mereka dalam PR. Malah, PAS suatu ketika dahulu yang juga merupakan sebahagian komponen BN boleh menerima persefahaman ini.

Ironiknya, apabila mereka merajuk dan keluar dari BN, mereka tuduh UMNO pula kafir. Kenapa? Namun kuasa Allah S.W.T itu Maha Besar. Kini mereka pula berhempas pulas menjelaskan hubungan mereka itu baik, ikhlas dan sebagainya.

Masih lagi mereka mahu menegakkan benang yang basah? Lihat betapa kuatnya dakyah orang yang tidak beriman (DAP) berbanding orang yang mengaku imannya kuat (PAS). Jadi tidak salah jika Semut letak perumpamaan, 'Yang tinggi ilmu lebih bodoh dari yang tidak berilmu'. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping