Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir semalam memperolehi penghakiman terhadap akhbar Suara Keadilan dalam kes saman yang difailkan beliau sebelum ini.
Saman tersebut difailkan berhubung penyiaran artikel fitnah oleh lidah PKR itu. Peguam Dr Zambry memberitahu, mahkamah akan menilai ganti rugi yang berkenaan kemudian.
Mahkamah juga telah menetapkan tarikh 29 November bagi pengurusan kes kedua - dua pihak untuk berhujah dihadapan hakim tentang artikel yang disiarkan itu.
Pada 25 Februari lalu, Datuk Seri Dr. Zambry telah memfailkan saman fitnah dengan menamakan Dr. Wan Azizah, Dr. Syed Husin Ali yang juga ketua editor serta penerbit dan pencetak akhbar berkenaan.
Nampak gayanya, makin banyaklah duit ahli PKR yang akan hangus jika mahkamah meluluskan bayaran ganti rugi itu nanti. Jika tidak, mana mereka mahu cari duit sebanyak itu?
Yang jelasnya, akhbar tersebut terbukti menyebarkan fitnah dan tidak berasas sama sekali. Mungkin sebab itu mereka sendiri malu nak terbitkan lagi akbar tersebut? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
memang patutpun mereka ni kena saman.
BalasPadam