Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Akhirnya, si Teresa Kok tertelan lidah sendiri bila ditanya oleh seorang ADUN sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri hari ini. Beliau yang juga Pengerusi JK Pelaburan, Perdagangan dan industri Selangor hari ini tidak dapat menjawab soalan mengenai sumbangan Kerajaan PKR untuk menaikkan taraf kawasan Perindustrian Negeri.
Soalan tersebut ditanya oleh YB Ismail Sani (BN - Dusun Tua hanya dibalas oleh Teresa Kok dengan jawapan: "Saya tidak ada statistik". Jawapan yang budak sekolah pun boleh jawab.
Sebaliknya, beliau hanya mahu menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana tidak membantu Kerajaan Negeri. Kononnya beliau mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan wajar memberikan peruntukan yang lebih memandangkan Selangor merupakan penyumbang KDNK yang tinggi.
Pada hal, sumbangan yang diberikan oleh Selangor kepada Kerajaan Persekutuan itu adalah hasil perjuangan Kerajaan Negeri BN yang terdahulu. Jelas, dalam tempoh mereka memegang kuasa dalam Kerajaan Negeri, mereka gagal membangunkan Negeri tersebut.
Malah sumbangan pun tidak dapat dinyatakan. Hanya jawapan budak sekolah sahaja yang mampu diucapkan oleh seorang Pemimpin yang juga merupakan seorang Wakil Rakyat dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri.
Tetapi nak menjawab soalan berkenaan sumbangan parti yang diwakilinya pun susah. Belum tanya apa sumbangan mereka untuk rakyat lagi. Itu pun dah tak mampu nak jawab. Yang dia tahu hanya mempertikaikan orang lain. Agaknya, dia ingat rakyat dan wakil rakyat lain bodoh agaknya. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Kalau die sebagai EXCO tak tahu jawap dan tak dapat nak membawa pelaburan bagi meningkatkan investment luar, so minta die jer jual berhenti dr jd exco, buat habis duit negeri jer, jawap pun tak tahu. Tak de buat homework sbb terlampau byk homework waktu malam kut!
BalasPadam