...Sidang Media ADUN BN Di Luar Dewan...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Larangan Menteri Besar Kedah terhadap beberapa media untuk membuat liputan di dewan Undangan Negeri memberi gambaran dan pelbagai spekulasi. Persoalannya, Datuk Azizan sebenarnya marahkan siapa?
Jika sebelum ini, beliau cukup 'berbulu' dengan media arus perdana seperti RTM, TV3 dan Utusan kerana tidak membuat liputan dengan menyatakan Kerajaan Negeri Kedah turut membantu mangsa - mangsa banjir. Malah beliau menyelar tindakan tersebut sebagai berat sebelah.
...Puteri Prihatin...Laporan dari Utusan...
Media Pro UMNO boleh buat liputan mengenai banjir.
Kenapa Media Pro Pembangkang tidak buat liputan???
Semut pernah juga mempertikaikan, kenapa media yang pro pembangkang tidak membuat liputan mengenai sumbangan dan gerak kerja membantu mangsa banjir oleh pihak Kerajaan Kedah? Perkembangan mengenai banjir tersebut hanya diambil dari Bernama sahaja.
Jadi kegagalan media pembangkang terutamanya perlu dipersalahkan oleh Tok Jan. Bukan marahkan Utusan, TV3 dan RTM. Malah dalam blog - blog yang pro pembangkang pun tidak ada yang melaporkan keadaan terkini mengenai banjir tersebut.
Maka adalah tidak wajar bagi Menteri Besar itu membuat larangan terhadap media dalam membuat liputan di Sidang DUN Kedah. Beliau sepatutnya berasa kecewa dengan Media Pro Pembangkang, bukan sebaliknya.
Yang bertambah hairan, bukankah pembangkang juga yang sibuk memperjuangkan kebebasan media? Jadi kenapa mereka menghalang media dari sebarang membuat liputan? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
mohon dilink kan blog saya. T.kasih
BalasPadamhttp://helangbuana.blogspot.com/
Biasalah bro, hanya media yang sokong PAS-pakatan saja yang betul....tapi banyak berat sebelah juga...
BalasPadam