Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau sebelum ini, bagai nak 'rak' berperang dalam media. Kononnya Tok Jan dakwa Kerajaan Pusat dan pihak media berat sebelah dalam isu banjir di Kedah.
Walaubagaimana pun, hari ini Tok Jan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kedah.
Beliau juga menyatakan bahawa diperingkat Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Bencana adalah Setiausaha Kerajaan Negeri dan bantuan turut diperuntukkan sebanyak RM2 juta yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tahu jugak Menteri Besar Kedah ni mengucap terima kasih ye. Ingatkan buat 'dek' juga dengan bantuan kebajikan dari Kerajaan Pusat.
Walau apa pun, Semut ucapkan tahniah kepada Tok Jan sebab beliau sanggup membuang ego dengan tindakan tersebut. Sekurang - kurang beliau menghargai juga dengan sumbangan Kerajaan Pusat.
Tidak seperti si Ketua Penipu Rakyat tu. Tahu menghentam Kerajaan dan memburuk - burukkan Negara sahaja. Beliau lupa siapa yang menaikkan nama beliau sebelum ini dan memberi peluang pendidikan sehingga beliau jadi cerdik.Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.