Assalamaualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semalaman Semut kurang sihat, maka kerana itu kurangmembuat posting semalam. Mungkin saranan Kerajaan Malaysia agar pekerja asing mempunyai insuran kesihatan wajar dijadikan keutamaan kepada rakyat Malaysia juga.
Melalui Kementerian Kesihatan, semua pekerja asing diwajibkan memiliki insurans kesihatan dengan premium sebanyak RM120 setahun bermula tahun depan.
Langkah itu bagi memastikan kerajaan dapat mengurangkan tunggakan bayaran bil hospital yang kini mencecah RM18juta. Malah jumlah itu dijangka meningkat dengan pertambahan kemasukan pekerja asing.
Ianya satu langkah yang wajar agar kesihatan pekerja juga terkawal dan tidak membawa sebarang masalah kepada rakyat di Negara ini.
Namun Semut juga turut melihat penggunaan bahasa Melayu perlu dijadikan keutamaan. Setiap pekerja asing yang hendak memohon sebarang kerja di Negara ini perlu diwajibkan mahir bertutur dalam bahasa Melayu.
Seperti apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perancis dan Jepun dimana setiap pekerja mahupun pelajar asing yang hendak ke negara mereka dikehendaki memahirkan diri dalam bahasa kebangsaannya.
Jadi, tidak salah rasanya jika Malaysia juga turut mengaplikasikan perkara yang sama. Barulah tak jadi macam 'itik dengan ayam' ketika berkomunikasi. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.