Khamis, Disember 16, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Bagi yang tidak dapat melihat isi kandungan 'flyers' yang didedahkan Semut tengahari tadi, baca dibawah dan cuba fahaminya.

Perkara ini diluahkan oleh mereka terutamanya PAS kerana mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan atas tindakan tersebut.

Tindakan itu dilihat seperti mana mereka juga turut akur dengan tindakan Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Pembangkang.

Di Selangor, mereka menyokong penuh tindakan Kerajaan Negeri menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong berkenaan Bantahan Tarif Air.

Di Kelantan, mereka akur dengan tindakan Kerajaan Negeri menggondolkan bukit bukau dikawasan Lojing yang sehingga kini tidak dijelaskan kepada rakyat.

Di Pulau Pinang, mereka akur dengan tindakan Kerajaan Negeri yang sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga berkenaan isu rampasan tanah Melayu.

Dan di Kedah, mereka akur dengan tindakan Kerajaan Negeri yang menaikkan tarif air sebanyak 100% dan turut membebankan rakyat.

Tahniah diucapkan kepada mereka."

Jelas, setiap dakwaan yang diketengahkan oleh orang lain tidak akan dijelaskan oleh pihak mereka. Maka ianya satu perkara yang agak ironik apabila mereka mencabar memohon penjelasan.

Kenapa mereka diamkan isu yang berkaitan dengan mereka? Adakah semua dakwaan yang dibuat itu benar?

Atau mereka sememangnya penipu yang memang kuat memutar belitkan keadaan demi kepentingan diri mereka sendiri? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping