Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini agak tegang sejak ia bermula awal pagi tadi dan beberapa anggota Polis telah diarahkan berkawal disekitar kawasan Parlimen.
Dalam dewan, Ahli Parlimen dari Pakatan Pembangkang dilaporkan telah mula berentap dengan Speaker menyebabkan beliau menutup alat pembesar suara beberapa minit.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dilihat cuba menjadi hero apabila beliau terus mempertikaikan tindakan Speaker dan membela si Ketua Penipu itu.
Keadaan terus tegang dan usul menggantungkan Ahli Parlimen Permatang Pauh bermula dengan keputusan lulus beliau digantung selama 6 bulan.
Selepas kalah dalam sesi pengundian tersebut, Anwar dan ahli Parlimen dari kalangan Pembangkang terus keluar dari Dewan.
Mereka kemudiannya membuat sidang media tergempar diruang lobi Parlimen sambil mempamerkan sepanduk yang mengutuk dan mengecam kerajaan.
Sidang Parlimen hari ini juga turut meluluskan penggantungan 3 lagi Ahli Parlimen pembangkang selama 6 bulan juga.
Jelas, tindakan mereka ini tidak ubah seperti kanak - kanak. Jauh sekali mereka hendak memperjuangkan hak rakyat dalam Parlimen.
Orang seperti ini bukan sahaja patut digantung, tetapi mereka juga tidak layak menjadi wakil rakyat kalau perangai macam orang yang tidak ada otak.
Buat si Ketua Penipu itu, gunakanlah masa selama 6 bulan ini bagi menyelesaikan kes yang masih tertangguh dimahkamah.
Jangan biarkan maruah dan harga diri orang lain terus tergadai akibat diri sendiri tidak ada rasa malu. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Jelas dikaca TV provokasi demi provokasi oleh angkatan pembangkang.
BalasPadamMasing2 berpidato bagaikan Bung Karno. Penuh dgn emosi lagi dramatik.Tapi tak berperaturan.
Hanya masyarakat yg bersedia ditipu akan terus tertipu.
Dialam kini memperbodohkan diri menelan bulat2 agenda pendustaan (sabagai benar)akan menerima imbohan yg lumayan. Kerana ia dianggap sebagai sumbangan yg berjasa. Kemana arahnya tak penting.
Hadi Awang tak ada termasuk ka?
BalasPadamAnwar ni, kene kat dia semua tak betul. Yang betul hanya masuk kat belakang aje. Tak heranlah sepanduk ke Mak Anduk pun ada kelulusan doktor tapi bangang. Pemimpin PAS yg dok ada tang ni pun dok ceramah ajelah kata orang tak betul. Yg sebenarnya mereka ni tak pernah ambil tahupun hal rakyat. Ada EXCO Negeri pun makan elaun buta aje. Haram tu.......Ustaz2 PAS jgn dok makan duit haram...lepas tu dok nasihat org. Apa yg kamu buat. Tepok dada tanya iman kamu...maka bertaubatlah...Apa yg kamu perjuangkan utk rakyat...Kamu tu buat lawak dan nak tunjuk jadi hero aje kerja kamu.....Nasiblah kamu dinilai di akhirat...sebagi pemimpin penipu dan mempermainkan ugama.
BalasPadam